DUA pemain bola Derby County, Tom Lawrence dan Mason Bennett mengaku bersalah atas tuduhan memandu di bawah pengaruh alkohol. Pada masa sama, mereka melarikan diri dari lokasi kemalangan berdekatan A6 di Derby, England. Lawrence, 25, dan Bennett, 23, ditahan di kota itu pada 24 September lalu. Dua pemain ini perlu menjalani khidmat komuniti selama 80 jam akibat perbuatan berkenaan. Mereka berdua dihadapkan ke Mahkamah Majistret Derby pada pagi Selasa. Selain dikompaun, mereka diarah menjalani khidmat komuniti selama 80 jam. Dalam tempoh itu, mereka perlu menjalani kursus kesedaran alkohol sebagai sebahagian proses pemulihan. - Daily Star.