suria

Pengarah sukan Juventus jawab spekulasi Ronaldo bersara

Cristiano Ronaldo. Foto AP

PENGARAH sukan Juventus, Fabio Paratici menegaskan bahawa Cristiano Ronaldo tidak mempunyai rancangan untuk bersara sebelum berakhirnya kontrak semasanya.

Ronaldo menjaringkan gol ke-700 sepanjang karier profesionalnya menerusi perlawanan yang menyaksikan Portugal mengalami kekalahan 1-2 kepada Ukraine pada Isnin malam.

Pencapaian tersebut dilihat sebagai tanda dia akan mempertimbangkan untuk mengakhiri kariernya dalam tempoh setahun atau dua tahun.

Bagaimanapun, pemain berusia 34 tahun itu tidak menunjukkan tanda-tanda dia mahu memperlahankan langkahnya dalam arena bola sepak.

Sebaliknya, Paratici percaya Ronaldo masih ada sesuatu yang ingin dikecapinya.

Tawaran semasa Ronaldo di Turin sehingga 2022, dengan ketua kelab itu yakin penerima anugerah Balon d'Or sebanyak lima kali itu akan terus bermain selepas kempen kali ini.

Ditanya mengenai Ronaldo bersara dalam tempoh dua musim akan datang, Paratici berkata: "Sudah tentu tidak.

"Ronaldo sangat fokus dengan jaringannya dan mempunyai objektif peribadi kerana dia sekali lagi menjadi calon anugerah Bola Emas.

"Saya tidak fikir dia akan berhenti pada akhir musim ini, dan saya juga ragu-ragu dia akan tinggalkan pada akhir musim akan datang.

"Pada masa ini apa yang pasti adalah satu, kami ada kontrak," katanya. - Mirror UK

Artikel Lain