suria

Manchester United intai Muller

Muller kecewa dengan layanan pengurus KOvac di Bayern Munich.

MANCHESTER United mengambil langkah untuk membuka tawaran untuk penyerang Bayern Munich, Thomas Muller.

Pemain kebangsaan Jerman berusia 30 tahun itu sebelum ini meluahkan keinginan untuk meninggalkan Bayern Munich berikutan tidak berpuas hati kerana jarang diturunkan di bawah pengurusan Niko Kovac.

Kovac menyifatkan Muller sebagai pemain 'back up' untuk pasukan pertama.

Muller diletakkan dibangku simpanan berikutan kehadiran Philippe Coutinho secara pinjaman dari Barcelona.

Malah Muller juga kecewa dengan president kelab Uli Hoeness yang mendakwa Muller bakal berdepan dengan kesukaran.

Manakala United pula sudah lama mengidam Muller di Old Trafford sejak pengurusan Louis van Gaal sebelum ini.

Malah Muller juga dilaporkan berminat dengan pemain juara Piala Dunia itu bagi menggantikan Alexis Sanchez yang dipinjamkan ke United.

Muller masih mempunyai kontrak bersama Bayern Munich sehingga 2021. - dailymail.co.uk

Artikel Berikut

Sergio Ramos rayu denda cukai

Artikel Lain