suria

Solskjaer ambil risiko guna pemain-pemain muda “Harap mereka belajar sesuatu ketika transisi sukar”

Solskjaer yakin dengan pemain-pemain mudanya.

PENGURUS Manchester United mengakui dia mengambil risiko meletakkan pemain-pemain muda dalam skuadnya.

Jurulatih kelahiran Norway itu menggunakan tenaga muda seperti James Garner, Tahith Chong, Mason Greenwood dan Brandon Williams sejak menggantikan Jose Mourinho di Old Trafford.

United kehilangan sentuhan pemain bintang dalam skuad utama termasuk Ander Herrera, Romelu Lukaku dan Alexis Sanchez pada musim perpindahan sebelum ini.

Susulan dengan itu, skuadnya bermula dengan hambar dengan hanya memenangi dua perlawanan daripada sembilan aksi setakat ini.

“Anda perlu berani percayakan kepada pemain-pemain sendiri.

“Kami perlukan keputusan secepat mungkin. Kami perlukan keputusan ketika bertemu Norwich, tetapi kami berada dalam situasi yang ada sekarang.

“Kami membuat keputusan melakukan transisi sukar, tetapi saya yakin pemain-pemain muda ini akan belajar sesuatu daripadanya.

“Anda mahu menang, mahu julang trofi dan berjaya dalam gaya tersendiri.  Tetapi anda juga mahu berbuat demikian dengan pemain-pemain muda ini. - Onefootball

Artikel Lain