suria

Tindakan Ibrahimovic pegang kemaluan tuju ke arah penyokong lawan undang kecaman

Tindakan Ibrahimovic memegang kemaluannya mengundang kemarahan penyokong lawan.

ZLATAN Ibrahimovic ada cara tersendiri meluahkan kemarahannya kepada penyokong-penyokong lawan dengan memegang kemaluannya selepas aksi LA Galaxy bertemu LAFC.

Pemain berusia 38 tahun itu ternyata kecewa apabila pasukannya tewas 5-3 kepada LAFC pada Khamis.

Ibrahimovic dirakam berjalan ke bilik persalinan selepas tamat perlawanan dalam keadaan yang marah dan turut memegang kemaluannya ke arah penyokong lawan.

Dia bertindak demikian apabila melihat salah seorang penyokong LAFC sedang meraikan kemenangan.

Salah seorang staf LAFC cuba bersemuka dengan Ibrahimovic gara-gara tindakan itu, namun dihalang oleh pegawai bertugas.

Selepas itu ketika sidang media, Ibrahimovic ditanya mengenai masa depannya bersama LA Galaxy.

"Apa terjadi tahun depan? Saya tidak tahu. Jika saya kekal ia sangat bagus untuk MLS kerana seluruh dunia akan menontonnya. Jika tidak berada di sini, tiada siapa yang akan mengingati MLS," ujarnya.

Ibrahimovic kecewa selepas kelabnya tewas 5-3 kepada LAFC.

Dalam pada itu, Ibrahimovic menjawab pertanyaan mengenai tindakannya itu.

"Mereka berkata sesuatu. Bukan untuk tidak hormat, tetapi ini seperti latihan buat saya. Stadium terlalu kecil bagi saya.

"Biasanya saya bermain di hadapan 80,000 penonton. Ini adalah tempat berjalan di taman."

Malah Ibrahimovic juga turut memberi komen mengenai keputusan VAR.

"Apa yang dia (staf VAR) buat di atas sana? Minum kopi atau Magic Johnson?'

Bagaimana pun Ibrahimovic belum mengesahkan masa depannya musim depan sama ada bersara hujung musim ini.

Bekas pemain Barcelona, Paris Saint-Germain, Juventus dan Manchester United dan Inter Milan ini dikaitkan akan kembali ke Eropah, namun belum ada keputusan dibuat. - Dailymail.co.uk

Artikel Lain