VIRGIL van Dijk mengakui memenangi anugerah Ballon d'Or bakal menjadi sesuatu yang istimewa. Pemain pertahanan Liverpool itu disebut-sebut sebagai pilihan untuk memenangi anugerah berprestij, melangkaui Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo. Van Dijk merupakan salah satu daripada tujuh pemain Liverpool yang disenarai pendek antara 30 calon pemain untuk anugerah Ballon d'Or. Van Dijk berkata: "Bolehkah saya menang? Ia akan terjawab pada 2 Disember ini! "Bagi saya, untuk memenangi Ballon d'Or adalah sesuatu yang istimewa. "Kita akan lihat apakah yang berlaku nanti," katanya. "(Saya perlu) terus bermain pada tahap tertinggi yang boleh saya lakukan. "Saya cuba mempertingkatkan diri saya dalam latihan dengan pengalaman yang saya peroleh daripada setiap perlawanan, dan saya perlu kekal fit juga," tambah Dijk. - Mirror