OLE Gunnar Solskjaer akan meletakkan sasaran untuk mendapatkan seorang pemain yang kreatif bagi Manchester United, menurut Ryan Giggs.
Dengan keadaan kelab itu yang tidak memberangsangkan ketika ini, Giggs berpendapat bahawa dengan mendapatkan enam pemain boleh menjadi Red Devils kembali berprestij.
"Kita perlu bawa masuk kualiti," kata Giggs kepada United Stand.
"Ole sudah bawa masuk tiga pemain yang bermain dengan baik.
"Setakat ini, semuanya berjalan lancar," katanya yang merupakan bekas pemain Manchester United dan kini menjadi pengurus Wales.
Menurut Giggs, Manchester United perlu memberikan peruntukan kepada pengurus untuk mendapat pemain-pemain buat kelab itu.
"Dapatkan lagi lima atau enam pemain yang bagus, kita akan dapat lihat perbezaan sebenar.
"Mereka kekurangan pemain yang kreatif. Bukan satu kebetulan, prestasi terbaik sering tak seiring dengan pasukan yang bagus," ujar Giggs. - Mirror