suria

Aksi hambar Bayern Munich musim ini, Kovac dapat ‘surat tawaran’ berhenti

Kovac dipecat selepas 17 bulan bersama Bayern Munich.

PENGURUS Bayern Munich Niko Kovac dipecat selepas kelab gergasi Jerman itu dimalukan dengan 5-1 oleh Eintracht Frankfurt.

Kovac merupakan bekas pemain yang beraksi sebanyak 51 perlawanan di antara tahun 2001 dan 2003 sebelum ini sudah merasakan bahang dipecat dengan aksi hambar skuad musim ini dengan meletakkan kelab di kedudukan keempat Bundesliga.

Turut dilaporkan sebelum ini bahawa pengendali dari Croatia itu diberi peluang terakhir menjelang bertemu Dortmund dalam aksi seterusnya namun, selepas 17 bulan mengendalikan skuad, tugasnya berakhir.

"Niko Kovac tidak lagi bersama Bayern Munic. Ini adalah kehendak Presiden FC Bayern Uli Hoeness, Hasan Salihamidzic (CEO FC Bayern) pengarah sukan FC bayern telah mencapai persetujuan bersama dengan Niko Kovac.

"Kovac ditawarkan dengan surat letak jawatan sebagai jurulatih Bayern Munich.

"Persembahan pasukan sejak kebelakangan ini menunjukkan kami perlu mengambil tindakan segera.

"Kami semua kecewa dengan perkaran ini. Saya mahu ucapkan terima kasih kepada Niko Kovac bagi pihak FC Bayern dengan komitmen tugasnya, terutama sebagai juara berganda musim lalu.

"Pembantu pengurus Hans Flick akan menguruskan pasukan sementara waktu bagi persiapan Liga Juara-Juara bertemu Olympiakos minggu depan. - Dailymail.co.uk

Niko Kovac, Bayern Munich, Pecat

Artikel Lain