NEIL Warnock sah meninggalkan kelab dengan persetujuan bersama dengan Cardiff City. Warnock meninggalkan kelab dalam tempoh akhir kontraknya di Satdium Cardiff City. Sebelum ini Warnock sudah memberi bayangan untuk meninggalkan kelab musim ini. Bagaimana pun, keputusan itu dicapai lebih cepat selepas tewas kepada Bristol City Ahad lalu yang menyaksikan Bluebirds kini berada di kedudukan ke-14 liga. "Hari ini saya meninggalkan Bluebirds tersayang selepas tiga tahun, dianggap salah satu tempoh terbaik dalam karier panjang saya. "Ia dikongsikan dengan satu kepercayaan bahawa sudah tiba masanya ada suara baharu dalalam skuad ini agar berkebolehan untuk lebih sukses," jelasnya di laman web rasmi kelab. -Onefootball