suria

Hajat Andy Carroll mahu bina gazebo berkembar di rumah agam baharunya tidak kesampaian

Carroll bersama tunangnya, Billi Mucklow.

PENYERANG New Castle, Andy Carroll gagal dalam permohonannya untuk membina gazebo berkembar di kediaman baharunya bernilai 4.1 juta pound sterling.

Carroll membeli rumah agam enam bilik di Epping, Essex dari penyanyi veteran Rod Stewart.

Rumah berkeluasan 25 ekar itu turut dilengkapi kolam renang, gelanggang tenis dan juga tasik.

Namun permohonannya ditolak selepas Majlis Daerah Epping Forest mendapati struktur gazebo berkenaan menyerupai 'alien' dan akan menjejaskan rupa bentuk asal kediaman tersebut.

Rumah agam yang dibeli Carroll daripada Rod Stewart.

Berdasarkan pelan yang dikemukakan, gazebo berkembar itu berukuran 25 kaki panjang dan mempunyai tiga bahagian.

Bahagian pertama menempatkan bar, satu bahagian lagi lokasi barbeku manakala bahagian ketiga merupakan ruang tempat duduk dengan TV gergasi di tengahnya.

Bekas penyerang Liverpool itu membeli rumah agam itu selepas penyanyi Rock itu tinggal di sana lebih 30 tahun.

Carroll menyertai The Magpies dari West Ham pada musim panas ini. - Dailymail

Andy Carroll, gazebo, Rod Stewart

Artikel Lain