FRANK Lampard mengenakan kod disiplin ketat terhadap pemain-pemainnya di belakang tabir. Sebagai salah seorang bekas pemain legenda The Blues yang telah merangkul pelbagai trofi sepanjang kariernya di Stamford Bridge, Lampard mahu memastikan pemain-pemainnya bukan sahaja berdisiplin di atas padang, sebaliknya di luar padang. Dinding di pusat latihan Chelsea, digantung satu bingkai senarai tingkah laku yang akan dikenakan bayaran denda dengan nilai yang berbeza-beza. Terdapat 12 senarai tindakan yang akan dikenakan oleh Lampard, namun jumlah denda paling paling yang perlu dibayar oleh pemain apabila lambat memulakan latihan dengan 20,000 paun (RM106, 757). Sebahagian daripada pemain-pemain Chelsea ketika sesi latihan kelab. Penalti paling minimum dikenakan Lampard kepada pemain-pemainnya adalah 500 paun sekiranya tiba lewat ketika mesyuarat pasukan diadakan (RM2,670). Tetapi jumlah itu hanya dikira untuk satu minit. Bayangkan jika ada pemain-pemain terlewat terlewat sehingga 30 minit atau selebihnya. Bukan itu sahaja, pemain-pemain perlu siap sedia menyediakan wang penalti seribu paun sekiranya telefon berdering ketika mesyuarat pasukan atau tersilap memakai set jersi ketika hari perlawanan. Malah pemain-pemain juga akan dikenakan denda sebanyak 10,000 paun jika gagal melaporkan sebarang kecederaan atau sakit lebih awal, sekurang-kurangnya 90 minit sebelum latihan bermula. Semua penalti itu akan dipantau dan dipungut oleh staf-staf Lampard dalam tempoh 14 hari dan jika terlewat, jumlah denda akan berganda. -Dailymail.co.uk