suria

Wenger dapat tugas baharu di Fifa

Arsene Wenger. Foto Reuters

ARSENE Wenger menduduki kerusi baharu sebagai Ketua Pembangunan Bola Sepak Global Fifa.

Bekas pengurus Arsenal itu akan mengetuai pihak berkuasa mengenai hal berkaitan teknikal, sebagai anggota Panel Penasihat Teknikal dan Bola Sepak yang terlibat dalam kaji semula dalam Lembaga Persatuan Bolasepak Antarabangsa (IFAB).

Ini termasuk proses membuat keputusan mengenai perubahan kepada undang-undang permainan.

Wenger berkata: "Saya menantikan cabaran penting ini.

"Saya tahu saya boleh menyumbang dan akan meletakkan kesemua tenaga saya untuk ini," katanya.

Mengulas mengenai pelantikan itu, Presiden Fifa, Gianni Infantino berkata: "Pengetahuan dan minat Arsene yang mendalam untuk aspek yang berbeza dalam permainan kita meletakkan dia sebagai sebahagian daripada salah seorang personaliti yang paling dikagumi dalam bola sepak.

"Penyertaan dia merupakan satu lagi contoh bagaimana kita memperkukuhkan matlamat untuk mengembalikan Fifa dalam bola sepak.

Wenger meninggalkan Arsenal pada 2018 selepas memimpin kelab di utara London itu selama 22 tahun.

Bekas pengurus berusia 70 tahun itu baru-baru ini dikaitkan dengan jawatan pengurus Bayern Munich susulan pemecatan Niko Kovac.

Wenger mengesahkan kelab gergasi Jerman itu menghubunginya, tetapi mendakwa dia tidak pernah merebut untuk mendapatkan jawatan itu. - Mirror 

Artikel Lain