suria

Alli luah perasaan selepas Pochettino dipecat

Alli (kiri) mengakui Pochettino banyak membantu menaikkan kariernya.

DELE Alli menjadi pemain Spurs pertama membuka mulut selepas kelab memecat Mauricio Pochettino.

Pengurus dari Argentina itu dipecat selepas aksi hambar musim ini yang menyaksikan Spurs berada di kedudukan ke-14 Liga Perdana.

Pemain tengah berusia 23 tahun itu dibawa ke Spurs dari MK Dons oleh Pochettino pada tahun 2015.

"Saya tidak cukup untuk mengucapkan terima kasih kepada lelaki ini.

"Dia banyak mengajar saya dan sangat bertuah dengan apa yang dia telah lakukan kepada saya.

"Selamat berjaya dan berharap dapat bertemu lagi, kawan," tulisnya di Twitter.

Dalam pada itu pemain pertahanan Toby Alderweireld berkata, berita mengenai pemecatan Pochettino sangat mengejutkannya.

"Saya juga terkejut.

"Saya fikir kelab telah membuat keputusan dan kami perlu menerimanya.

"Kami juga perlu berterima kasih kepadanya, apa yang telah dicapai dan dia telah membawa kelab ini ke tahap yang seterusnya," ujarnya kepada Sky Sports.

Alderweireld juga memberitahu bahawa dia yakin kelab akan membawa 'pengurus besar' untuk menggantikan Pochettino. - Dailymail.co.uk

Dele Alli, Spurs, Mauricio Pochettino

Artikel Berikut

Spurs pecat Pochettino!

Artikel Lain