suria

Spurs pecat Pochettino!

Tugas Pochettino di Spurs akhirnya tamat pada Selasa.

SELEPAS enam bulan berjaya melangkah kaki ke final liga Juara-Juara, Mauricio Pochettino dipecat Spurs pada Selasa.

Sebelum ini spekulasi mengenai kedudukan Pochettino menjadi tumpuan selepas aksi hambar pasukan yang kini menduduki tangga ke-14 Liga Perdana.

“Kelab  mengumumkan bahawa Mauricio Pochettino dan staf kejurulatihannya, Jesus Perez, Miguel D'Agostino dan Antoni Jimenez dilepaskan daripada tugas mereka," jelas satu kenyataan kelab.

Pochettino, 47, menyertai Spurs daripada Southampton pada 2014 dan menjadi watak penting mengubah Tottenham antara pasukan yang sering tidak terlepas bersaing di Liga Juara-Juara sejak empat musim lalu.

Tugas Pochettino di Spurs berakhir pada Selasa.

Kemuncak kejayaan yang penuh dramatik bagi kelab itu di final Piala Eropah buat julung kali pada Jun di mana mereka tewas 0-2 kepada Liverpool di Madrid.

Prestasi berterusan pada permulaan musim ini dengan hanya tiga kemenangan dalam 12 perlawanan pembukaan meninggalkan Tottenham memungut 11 mata di luar daripada kelompok empat teratas dan 20 mata ketinggalan kepada pendahulu liga Liverpool.

“Kami pastinya enggan membuat perubahan ini dan ia bukan keputusan yang mudah buat lembaga pengarah.

“Keputusan domestik yang sangat dikesalkan penghujung musim lalu dan permulaan musim ini adalah sangat mengecewakan.

“Ia memaksa lembaga pengarah untuk membuat keputusan sukar. Ia antara detik yang sukar yang kami tempoh bersama Mauricio dan barisan jurulatih tetapi kami melakukannya demi kepentingan dan minat kelab ini,"  kata pengerusi Tottenham, Daniel Levy.

Mauricio Potchettino, Spurs, pecat

Artikel Lain