MAURICIO Pochettino terbuka untuk kembali ke pentas Liga Perdana Inggeris (EPL) dalam tempoh singkat selepas meninggalkan Tottenham. Pengendali dari Argentina itu ketika ini dikaitkan dengan Arsenal dan juga Manchester United. Pochettino dipecat pihak pengurusan Spurs dua minggu lalu selepas permulaan hambar anak buahnya di utara London. Namun kerusi panas di tinggalkannya itu sudah diisi bekas pengurus Manchester United, Jose Mourinho. Pengarah Arsenal Josh Kroenke memberitahu The Gunners masih berusaha untuk menduduki kelompok empat teratas dan pencarian calon pengurus baharu sedang giat dijalankan. Sebagai ejen bebas, Pochettino merupakan antara calon dalam radar Arsenal selain Brendan Rodgers. Buat masa ini, Freedi Ljungberg dilantik sebagai pengurus sementara susulan pemecatan Unai Emery pada Jumaat. "Terdapat banyak kelab dan projek menarik yang ditawarkan terhadap saya. Namun buat masa ini, perkara utama adalah merehatkan minda saya selepas lima musim menakjubkan bersama Tottenham," katanya. - Mirror.co.uk