LIONEL Messi dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Ballon d'Or buat kali keenam menewaskan bintang Liverpool Virgil van Dijk. Kemenangan Messi itu menyaksikan pemain antarabangsa Argentina ini mengetepikan pesaing terdekat Cristiano Ronaldo (Juventus) yang berada di tempat ketiga. Messi dan Ronaldo sebelum ini mencatat rekod yang sama dengan lima trofi. Messi,32, turut meraih anugerah tersebut pada tahun 2009,2010,2011, 2012 dan 2015 dan menjadi finalis lebih daripada sebelas kali berbanding dengan pemain lain. Van Dijk bersama isterinya Rike Nooitgedagt. "Saya sangat berbangga dengan semua orang di Barcelona dan kasih sayang yang ditunjukkan kepada saya. "Ini adalah hari yang sangat istimewa, begitu juga dengan anugerah ini yang bermakna dan saya sangat gembira. "Kebenarannya adalah rutin tidak membenarkan saya untuk berhenti dan menikmati apa yang saya kecapi hari ini. "Saya akan menikmati saat indah ini bersama keluarga dan selepas itu akan mula berfikir apa yang perlu dibuat, seperti yang biasa saya lakukan," jelasnya. Messi hadir bersama isterinya, Antonella Roccuzzo dan dua orang anaknya. Manakala Ronaldo tidak hadir pada majlis tersebut. - Dailymail.co.uk