suria

Jenaka dianggap tidak lucu, kakak Ronaldo minta van Dijk fokus buru kejuaraan sahaja

Katia bersama Ronaldo meluahkan rasa kurang senangnya mengenai gurauan Van Dijk menerusi laman Instagram. Foto: GettyImage

JENAKA Virgil van Dijk mengenai Cristiano Ronaldo ternyata mengundang kemarahan ramai peminat.

Malah, kakak kepada Ronaldo, Katia Aveiro turut meluahkan rasa kurang senangnya mengenai hal itu menerusi laman Instargram.

Sewaktu Anugerah Ballon d'Or, Van Dijk berada di tempat kedua dengan 203 undian manakala Ronaldo berada di tempat ketiga.

Dia kemudiannya berkata: "Mengapa? Adakah dia calon?" dalam nada berseloroh mengenai ketiadaan pemain Juventus itu.

Dalam majlis sama, Lionel Messi meraih gelaran Ballon d'Or keenam dalam kerjayanya

"Wahai Virgil, dari tempat kamu berada sekarang, Ronaldo sudah lalui beribu kali.

"Sekarang pergi menang beberapa gelaran dan baru kita boleh bercakap semula.

"Apabila tangan kamu penuh dengan kejuaraan, mungkin kamu boleh duduk semeja dengannya," ujar kakaknya lagi. - Daily Mail.

Artikel Berikut

Artikel Lain