suria

Elak ‘dicuri’, Leicester sedia tawar kontrak baharu buat Rodgers

Rodgers hanya mahu fokus bersama Leicester.

PENGURUS Leicester City Brendan Rodgers dikaitkan dengan Arsenal.

Sebaik sahaja Unai Emery dipecat minggu lalu, nama Brendan Rodgers menjadi sebutan untuk mengambil alih tugas menguruskan skuad The Gunners itu.

Prestasi cemerlang Rodgers bersama The Foxes musim ini mendikan dia antara calon terbaik menggantikan Emery.

Bagaimana pun, Leicester mengambil langkah berjaga-jaga bersedia untuk memberi kontrak baharu kepada Rodgers agar terus komited bersama kelab.

Sebelum ini, Rodgers sudah menegaskan fokusnya untuk terus bersama Leicester.

Leicester kini mendudukan tangga kedua Liga Perdana dengan ketinggalan lapan mata dengan pendahulu liga, Liverpool.

Malah Rodgers bakal mencipta rekod kelab dengan kemenangan lapan kali berturut-turut sekiranya dia berjaya menumpaskan Aston Villa Ahad ini.

Rodgers,46, menandatangani kontrak bernilai 5 juta paun setahun sehingga 2022 ketika berpindah dari Celtic tahun lalu.

"Saya sangat gembira. Jadi saya tidka perlu melihat kepada yang lain.

"Saya tahu ia sekadar gosip dan spekulasi, tetapi kenapa pula saya perlu meinggalkan Leicester City saat ini?

"Saya ulang, saya sangat gembira di sini dan mempunyai hubungan baik dengan semua orang, dan perasaan ini teruskan apa yang saya lakukan di sini.

"Mesej sangat jelas. Saya membuat keputusan tepat sembilan bulan lalu dan datang ke sini ada tujuan sendiri.

"Tujuannya jelas yang saya ingin membantu kelab untuk terus maju bersama," jelas Rodgers. -Dailymail.co.uk

Artikel Lain