suria

Messi gantung but 2021?

Lionel Messi.

BINTANG Barcelona, Lionel Messi akan menggantung but dalam tempoh dua atau tiga tahun lagi.

Demikian menurut bekas legenda Barcelona, Rivaldo yang mendakwa Messi mungkin membuat keputusan untuk bersara lebih awal berbanding jangkaan ramai.

Pemain berusia 32 tahun itu baru sahaja memenangi anugerah Ballon d'Or keenamnya termasuklah merangkul trofi ke-10 kejuaraan La Liga.

Namun Messi masih belum memenangi sebarang kejuaraan bersama Argentina.

Ketika bercakap mengenai persaraan Messi, Rivaldo berkata dia yakin bintang Argentina itu mengidam trofi berprestij bersama skuad kebangsaannya.

"Untuk mencapai impian itu, dia perlu beraksi di peringkat tertinggi sehingga 2022 dan keputusan untuk bersara bergantung kepada kejayaannya dalam dua perlawanan itu.

"Jika dia menganggap dirinya masih penting dan mahu memenangi lebih banyak trofi, dia tidak akan fikir untuk angkat kaki tetapi keadaan akan berubah dalam tempoh dua atau tiga tahun akan datang.

"Jika dia hilang kelajuan atau tidak lagi efisien, dia mungkin mempertimbangkan untuk angkat kaki dari kelab itu," katanya.

Namun ketika ini Messi masih lagi diangkat sebagai antara pemain terhebat di dunia. - Dailystar.co.uk

Lionel Messi, Barcelona, gantung but

Artikel Lain