suria

Guardiola bakal tinggalkan City?

Guardiola bersama Pochettino (kiri).

PEP Guardiola boleh meninggalkan kelab hujung musim ini berdasarkan kontrak yang ditandatangi tahun lalu.

Ia bermakna, pengurus Manchester City itu boleh meninggalkan kelab sebaik sahaja tamat musim ini.

Sportsmail mendedahkan kontrak yang ditandatangani Guardiola tahun lalu, boleh disambung hingga ke 2021, termasuk persetujuan bersama kelab dicapai.

Bagaimana pun pegawai kelab yakin biarpun musim ini sedikit hambar dengan ketinggalln 14 mata di belakang pendulu liga Liverpool, Guardiola tetap menghormati kontraknya.

Pun begitu, kontingensi kelab bersama pegawai akan menilai kembali situasi di Stadium Etihad dan bersedia berdepan dengan sebarang kemungkinan mencari pengganti Guardiola. Mereka dilaporkan mempunyai minat dengan bekas pengendali Spurs, Mauricio Pochettino.

Bulan lalu, Guardiola,48, memberitahu dia sedia membuka kontrak baharu.

"Oh ya, saya sedia. Ia bukan sebab apa yang kelab mahu. Bagi saya adalah kerana mahu melihat reaksi pemain-pemain dan semuanya.

"Ia bukan mudah untuk menyambung kontrak. Saya mahu lihat kelab, saya mahu melihat semua pemain. Saya mahu lihat bagaimana kami terus bekerjasama".- Dailymail.com

Artikel Berikut

Minamino jadi buruan Liverpool

Artikel Lain