PENINJU terkenal dunia, Floyd Mayweather dinamakan sebagai atlet yang menerima bayaran tertinggi oleh majalah Forbes. Dia mengungguli senarai itu yang mana ia turut disertai nama-nama besar seperti pemain bola, Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi. Senarai terbaharu itu mengumpulkan jumlah bayaran atlet sepanjang tiga dekad bermula 1999 sehingga tahun 2019. Sepanjang tempoh itu, Mayweather menerima pendapatan berjumlah AS$200 juta (RM826 juta) Dalam senarai itu, Messi berada pada tangga kedua pendapatan AS$110 juta (RM454 juta) dan Ronaldo AS$105 juta (RM434 juta). Menurut Forbes, senarai itu membuktikan Mayweather banyak mengumpul harta sepanjang menjadi atlet. Mayweather turut berkongsi senarai itu di laman sosial miliknya. - Legit.NG.