MIKE Arteta sepatutnya menghantar keluar lima pemain, Pierre-Emerick Aubameyang, Alexandre Lacazette, David Luiz, Mesut Ozil dan Shkodran Mustafi untuk memulakan era baru di Arsenal. Cadangan tersebut disuarakan oleh bekas penyerang Chelsea dan Celtic, Tony Cascarino. Malahan, beliau turut mencadangkan Arteta membuat pertimbangan serius untuk membawa bintang Manchester City, Fernandinho ke dalam Arsenal. Fernandino boleh didapati menerusi jendela perpindahan pada akhir musim ini sekiranya pemain itu tidak melanjutkan kontraknya di Etihad. Cascarino mahu melihat kewibawaan Arteta dalam meletakkan kedudukannya untuk menjual lima pemain senior. "Cabaran terbesar yang akan dia hadapi ialah menangani pemain senior," tulisnya dalam ruangan pojok di Times. "Saya masih ingat apabila Ron Atkinson masuk ke Aston Villa, dia berkata kepada saya dengan serta-merta: 'Saya bersetuju dengan bayaran dengan Celtic untuk kamu'." "Itulah cara Arteta patut lakukannya, bermula dengan Pierre-Emerick Aubameyang, Alexandre Lacazette, David Luiz, Mesut Özil dan seterusnya Shkodran Mustafi. "Dengan kontrak Fernandinho yang bakal tamat pada akhir musim, Arteta dapat membawanya dari Manchester City untuk menunjukkan kepada pemain Arsenal apa yang diperlukan untuk menjadi sukses. "Saya tidak fikir dia perlu memberi alasan kepada mereka, dia hanya perlu berkata, 'Jika saya dapat cari pembeli, kamu akan keluar'." - Daily Star