suria

Mourinho dedah sambutan Krismas suram berikutan kematian Leya

Anak perempuan Mourinho, Matilde bersama Leya pada tahun 2017.

PENGURUS baharu Tottenham Hotspur Jose Mourinho berkongsi saat sedihnya pada perayaan Krismas apabila Leya, anjing kesayangannya mati.

Difahamkan Leya bersama keluarganya sebelum 2007 lagi.

Sebelum ini, Mourinho pernah ditahan oleh pihak berkuasa gara-gara anjingnya itu berkaitan dengan kesihatan dan kebajikan ketika berpindah ke England.

Mourinho berkongsi mengenai anjing kesayangan keluarga yang mati pada Rabu lalu.

Bagaiamana pun Mourinho dibebaskan selepas mendapati semua dokumen vaksin dan kesihatan Leya telah dijalankan.

"Secara jujurnya, ia hari yang menyedihkan kerana anjing saya mati dan ia adalah keluarga saya.

"Tetapi kami perlu meneruskan hidup," jelasnya sedih mengenai anjing baka Yorkshire Terrier itu.

Bagaimana pun Mourinho tidak menjelasnya punca kematian Leya tersebut. - Mirror.co.uk

Leya, Anjing, Jose Mourinho

Artikel Lain