PEP Guardiola mengakui cabaran paling besar sebagai pengurus Manchester City apabila memikirkan pengganti Sergio Aguero. Aguero merakam sekurang-kurangnya 20 gol dalam aksi liga sepanjang lima musim. Pemain Argentina berusia 31 tahun itu bakal mengakhiri kontraknya musim hadapan dan tiada perbincangan daripada Manchester City. "Sergio sukar diganti. Kami mempunyai seorang lagi penyerang berbisa, Gabriel Jesus dan mungkin seorang lagi akan datang apabila Sergio pergi. "Tetapi dia memang tiada pengganti ."Saya pasti kelab sudah berseia untuk mencari pemain baharu dan menggantikannya tetapi sudah tentu ia bukan mudah. "Paling penting buat kelab adalah harapan untuk menjuarai Liga Juara-Juara serta Sergio menjaringkan gol kemenangan liga ketika bertemu QPR pada tahun 2012. "Saat itulah yang terbaik daripada empat gelaran dalam satu musim dan dia adalah orangnya," ujar Guardiola. - Dailymail.co.uk