SAH! Zlatan Ibrahimovic kembali ke bekas kelab AC Milan selepas kontraknya tamat di LA Galaxy. Bintang kelahiran Sweden bermain untuk Milan antara 2010 dan 2012, dan sebelum ini bermain untuk saingan Inter dan Juventus dalam Serie A. Ketibaan pemain berusia 38 tahun itu diumumkan oleh akaun Twitter rasmi AC Milan pada petang Jumaat waktu tempatan dengan hashtag 'IZCOMING'. Zlatan menerusi kata-kata pertamannya sebagai pemain Milan: "Saya kembali ke kelab yang amat saya hormati dan kota Milan yang saya cintai. "Saya akan berjuang bersama rakan sepasukan untuk melakukan perubahan pada musim ini. Akaun Twitter AC Milan mengumumkan mengenai ketibaan Ibrahimovic. "Saya akan buat segalanya untuk direalisasikan," katanya. Milan menerusi laman web kelab memberitahu: "AC Milan gembira mengumumkan mendatangani kontrak bersama Zlatan Ibrahimovic. "Kelab dan penyerang telah bersetuju dengan perjanjian sehingga akhir musim ini yang mana terdapat pilihan untuk melanjutkan kontraknya. "Perjanjian itu tertakluk kepada proses perubatan dan semua peraturan. Ibrahimovic akan berada di Milan pada 2 Januari 2020 untuk menjalani pemeriksaan perubatan dan dia akan menyertai rakan sepasukannya untuk sesi latihan pertamanya." - Mail Online