BARCELONA percaya Neymar adalah satu-satunya pemain yang mampu memimpin kelab tersebut bagi menggantikan Lionel Messi kelak, demikian menurut laporan. Bintang Brazil itu tetap berada di dalam radar kelab lamanya itu menjelang jendela perpindahan pada Januari. Barcelona menghabiskan musim panas bagi mendapatkan Neymar, dua tahun selepas dia menyertai Paris Saint-Germain (PSG). Barcelona bersedia memaafkan bintang tersebut yang memilih untuk meninggalkan mereka sebelum ini. Kelab tersebut juga menyedari Messi tidak akan kekal selama-lamanya. Akhbar Catalan Sport mengatakan bahawa Barcelona percaya Neymar adalah satu-satunya pemain yang mampu bersinar ketika ketiadaan Messi di kelab tersebut kelak. - Express.co.uk