suria

Klopp dirisik ‘rapat’ pengarah PSG

Klopp tidak bercadang untuk berpindah ke tempat lain.

PENGURUS Liverpool Jurgen Klopp dilaporkan menghabiskan masa hampir sejam berborak dengan Pengarah Paris Saint-Germain (PSG), Leornardo.

Menurut laporan media Perancis Le10Sport, Leornardo cuba berbincang dengan Klopp kemungkinan untuk mengambil alih tugas Thomas Tuchel.

Tuchle membawa kelab menjuarai Ligue 1 musim lalu, namun musim ini dia berada dalam tekanan dan terdesak untuk menjuarai Liga Juara-Juara.

Dan dia tidak teragak-agak untuk dipecat sekiranya gagal membawa kejuaraan musim ini.

Tuchel kini tertekan dengan permintaan kelab.

Leornardo juga turut menjelaskan mengenai misi kelab kepada Klopp demi ketika perbincangan kedua-dua pihak itu.

Bagaimana pun, Klopp yang telah menandatangani kontrak baharu bersama The Red sehingga tahun 2024, menegaskan dia tidak ada minat untuk menyertai PSG.

Klopp kelihatan gembira berada di Anfield dan mendapat sokongan penuh daripada semua penyokong selepas menjulang trofi Liga Juara-Juara musim lalu dan kini mengukuhkan posisi di tangga teratas liga.

Pengurus berusia 52 tahun itu dianggap sebagai 'bos terbaik daripada Pep Guardiola' oleh Paul Merson.

Malah Klopp juga menjadi perhatian buat penyokong-penyokong Barcelona yang mengharapkan dia dapat menggantikan Ernesto Valverde. -Dailymail.co.uk

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan