SETIAP individu mempunyai impian tersendiri dalam hidup mereka. Begitu juga dengan bintang Portugal, Cristiano Ronaldo. Walaupun sudah banyak mencapai kejayaan dalam dunia bola sepak, dia seolah-olah belum berpuas hati lagi. Kata Ronaldo, banyak impian yang ingin dicapai khususnya selepas dia bersara kelak. "Apabila saya tinggalkan bola sepak, saya mahu sambung belajar. "Satu lagi perkara yang saya minat, saya mahu menjadi pelakon filem," ujarnya. Dalam pada itu kata Ronaldo, dia tidak pasti waktu yang sesuai untuknya bersara. "Beberapa tahun lalu, umur 30 atau 32 sangat sesuai untuk bersara. "Tapi sekarang, ada yang umur 40 masih lagi beraksi di padang," katanya. - The Sun.