PENYERANG Brazil, Hulk yang berpisah dengan isterinya, Iran sejak Julai lalu, kini sudah menemui pengganti. Hulk atau nama sebenarnya Givanildo Vieira de Sousa kini dilaporkan sedang berpacaran dengan anak saudara kepada Iran, iaitu Camila. Bintang Shanghai SIPG berusia 33 tahun itu dilaporkan sudah menjalinkan hubungan dengan Camila sejak Oktober lalu. Camila merupakan anak saudara kesayangan Iran, di mana mereka kerap bergambar bersama berdua dan memuat naik di laman sosial. Hulk dan Iran berpisah selepas 12 tahun berumah tangga dan mereka dikurniakan tiga orang anak. "Hulk memanggil ibu bapa dan saudara lelaki Camila untuk memberitahu mereka kebenaran. Mereka mula berpacaran pada bulan Oktober. "Ia adalah Hulk sendiri yang mengumumkan berita itu kerana dia tidak mahu menyembunyikan apa-apa," kata seorang wakil jurucakap kepada laman UOL Esporte. -TheSun