BEKAS pemain Manchester United, Robin van Persie berharap pengurus Ole Gunnar Solskjaer mempunyai perasaan marah selepas tewas kepada Arsenal. Manchester United tewas 2-0 kepada Arsenal di Stadium Emirates awal pagi Khamis yang menyaksikan merka ketinggalan lima mata daripada pasukan keempat liga, Chelsea. Van Persie yang juga bekas pemain The Gunners mengakui dia tidak gembira dengan reaksi yang ditunjukkan Solskjaer selepas skuadnya tewas. "Apabila saya mendengar Ole bercakap, dia seorang yang lelaki baik. "Tetapi sesekali saya mahu melihat dia marah. "Saya sentiasa nampak dia tersenyum selepas perlawanan. Ini bukan saat untuk senyum. "United melalui kempen musim ini dengan tidak konsisten apabila hanya mencatat lapan kemenangan, tujuh seri dan enam kali sepanjang aksi musim ini.- Onefootball