LUIS Suarez menerima gaji 290,000 paun seminggu (RM1.6 juta seminggu) di Barcelona. Pemain berusia 32 tahun itu yakin kontraknya bersama Barcelona akan disambung dengan baki semasa sehingga musim depan. Suarez juga dilaporkan menolak tawaran lebih lumayan daripada sebuah kelab dalam Liga Super China. Menurut laporan Mundo Deportivo, bintang Uruguay itu enggan berjauhan dengan keluarganya dan gembira dengan apa yang dikecapi sekarang. Selain itu, Suarez juga turut dikaitkan dengan kelab David Beckham Inter Miami. Rakan negaranya, Nicolas Lodeiro mengesahkan sebelum ini Suarez pernah bertanyakan tentang MLS beberapa kali. Kata Loreido, Suarez mahu menyertai MLS dan hanya masa yang menentukannya. - Onefootball.