BEKAS pemain bola David Beckham disaran agar melupakan kerjaya dalam bidang lakonan. Malah, dia juga dianggap kurang berbakat dalam cabang seni itu. Ia susulan kemunculannya dalam siri televisyen Modern Family. Menerusi perkongsian terbaharu di laman sosial, Beckham dijangka muncul dalam siri itu bersama pelakon terkenal, Courteney Cox pada 8 Januari ini. Menurut peminat, mereka kurang suka dengan lakonan Beckham dan meminta dia meneruskan kerjaya sedia ada sahaja. Ia bukanlah kali pertama keupayaan lakonan Beckham dipertikai. Sebelum ini dia juga pernah muncul dalam filem King Arthur: The Legend of the Sword. - The Sun.