suria

Hazard masih cuba sesuai diri di Real Madrid, akui berat badan naik lima kilogram

Eden Hazard.

MESKIPUN gembira menjadi sebahagian pemain Real Madrid, Eden Hazard mengakui dirinya masih bergelut menyesuaikan diri dengan kehidupan di Sepanyol.

Bintang Belgium itu menerusi gambar dan video terbaharu semasa sesi pra musim kelab La Liga itu dilihat sedikit berisi.

Hazard meninggalkan Chelsea untuk bersama Real Madrid dengan perpindahan bernilai 130 juta pound sterling.

Pemain berusia 29 tahun itu menerusi satu temubual bersama akhbar Sepanyol turut terbuka berbicara mengenai soal berat badannya.

"Ia benar. Saya tidak akan menafikannya. Ketika saya bercuti, saya naik lima kilogram pada musim panas lalu.

"Berat badan saya senang naik dan cepat turun jika saya fokus. Ketika berusia 18 tahun di Lille, berat badan saya mencecah 73 kilogram.

"Pada musim panas ini berat saya 80kg. Namun berat badan saya turun semula dalam tempoh 10 hari kemudian," katanya.

Hazard dikritik penyokong Real kerana terlepas kempen permulaan musim akibat kecederaan hamstring.

Dia turut direhatkan kerana kecederaan kaki sejak hujung November lalu.

Pencapaian Hazard yang hanya menjaringkan satu gol dalam 13 perlawanan bersama Real amat mengecewakan peminat pasukan itu yang amat mengharapkan sentuhan magisnya. - Dailystar.co.uk

Eden Hazard, Real Madrid

Artikel Lain