KEMATIAN bekas pemain bola keranjang dunia, Kobe Bryant terus diratapi oleh semuruh peminat dan atlet dunia. Bryant maut dalam tragedi sebuah helikopter yang dinaikinya terhempas pada Ahad lalu di California bersama anak perempuannya berusia 13 tahun serta tujuh lagi penumpang lain termasuk juruterbang. Susulan insiden itu, rata-rata peminatnya meminta Eksekutif Bola Keranjang Amerika Syarikat, Jerry West supaya menukar logo NBA yang sedia ada menggantikan dengan Bryant,41, sebagai penghargaan kepada pemain legenda itu. ARTIKEL BERKAITAN: Pemain bola sepak zahir kesedihan susulan kematian Kobe, kongsi tribute di laman sosial Lebih 50 tahun West menggunakan ikon silhouette (bayang) sebagai logo yang direka pada tahun 1969. Peminat Bryant juga turut berkongsi idea bagi logo baharu NBA. Satu petisyen dilancarkan di Change.org dan menerima 500,000 tanda tangan pada Isnin pagi. Dan beberapa rekaan logo baharu dengan bayang Bryant dikongsi di media sosial. Sementara itu, West yang juga merupakan legenda LA Lakers dan pernah menguruskan pasukan itu pernah meluahkan cadangan pada tahun 2017 untuk menukar logo NBA. - metro.co.uk