BRUNO Fernandes kini bergelar pemain Manchester United selepas selesai perpindahannya dari Sporting Lisbon. Pemain antarabangsa Portugal berusia 25 tahun itu menandatangani kontrak selama lima tahun dengan nilai 67.8 juta paun (RM363 juta). Pemain tengah itu tiba di Old Trafford selepas terpilih menyarung jersi Udinese pada 2015. Dilaporkan bahawa United akan membuat bayaran pertama sebanyak 46.6 juta paun dan diikuti 8.5 juta paun serta 12.7 juta paun untuk melengkapkan beberapa klausa perpindahan. Fernandes dijangka akan membuat penampilan pertamanya bersama United pada Sabtu ini menentang Wolves. United telah lama mengidam memiliki bekas kapten Sporting dan dan percubaan mendapatkannya pada musim lalu tidak berjaya. "Perasaan sayang saya terhadap Manchester United bermula apabila melihat Cristiano Ronaldo bermain dan di sini dan sejak itu saya menjadi penyokong kelab hebat ini. "Bagi saya untuk merasai kehebatan bermain dengan Manchester United, saya perlu bekerja keras. "Saat ini saya boleh berjanji kepada penyokong-penyokong bahawa akan memberi segalanya terhadap lencana ini untuk membantu membawa lebih kejayaan dan trofi. "Saya mahu mengucapkan penghargaan kepada Sporting di atas segalanya yang telah mereka beri kepada saya. "Juga terima kasih kepada Ole Gunnar Solskjaer dan semua di Manchester United yang memberi kepercayaan untuk bermain dengan kelab ini," ujar Fernandes. -Dailymail.co.uk