ISTERI mendiang Kobe Bryant akhirnya bersuara selepas tiga hari legenda bola keranjang itu mat dalam insiden helikopter terhempas Ahad lalu. Turut maut dalam insiden yang berlaku di Calabasas, California itu melibatkan anak kerdua perempuan mereka Gianna, 13, bersama enam lagi penumpang lain serta seorang jurterbang. Vanessa berkongsi gambar mereka sekeluarga dan meluahkan kesedihan dengan kehilangan suami serta anak, malah turut bersimpati dengan tujuh lagi mangsa lain. ARTIKEL BERKAITAN: Kobe Bryant... Dunia bola keranjang muram tanpanya "Kami sangat terkejut dengan kehilangan mengejut suami yang dipuja, Kobe - seorang bapa yang menakjubkan kepada anak-anak kami. Untuk anak yang disayangi Gianna - seorang yang penyayang, bijak dan seorang anak yang baik kepada natalia, Bianka dan Capri," tulis Vanessa dalam posting Instagramnya. Tambahnya: "Tiada perkataan yang cukup untuk menggambarkan kesedihan kami sekarang. Saya merasa selesa dengan mengetahui bahawa Kobe dan Gigi amat disayangi. Kami sangat bertuah memilikinya dalam kehidupan kita. Saya berharap mereka berada di sini dengan kami selama-lamanya. Mereka adalah berkat terindah yang diambil dari kami terlalu awal." Vanessa dan Bryant bertemu pada tahun 1999 dan berkahwin 2001. Vanessa juga turut memuat naik gambar keluarganya. "Kasih sayang kami untuk mereka tiada penghujung, dan tidak boleh diukur. Saya hanya berharap dapat memeluk, cium mereka dan restu mereka. Memiliki mereka di sini bersama kami selamanya. "Terima kasih berkongsi kegembiraan, kesedihan dan menyokong kami. Terima kami kerana terus mendoakan kami dan menyayangi Kobe, Gigi, Natalia, Bianka, Capri dan saya." Vanessa juga turut menukar akaun instagramnya daripada privasi kepada public pada Rabu. Bryant dan Vanessa bertemu pada tahun 1999 dan berkahwin pada tahun 2001. - Dailymail.co.uk