suria

Bengang prestasi hambar Man United, geng ‘Men In Black’ serang kediaman Woodward

Kediaman Woodward menjadi sasaran kumpulan hooligan Manchester United.

SEKUMPULAN penyokong fanatik Manchester United yang dikenali 'Men in Black' dipercayai telah menyerang kediaman ketua eksekutif kelab Ed Woodward.

Geng tersebut melancarkan bunga api dan bom asap ke arah kediaman mewah bernilai 2 juta paun itu.

Woodward menjadi sasaran oleh penyokong-penyokong United berikutan aksi hambar pasukan musim ini.

Malah sejak akhir-akhir ini ketika aksi Liga Perdana dan Piala FA kedengaran penyokong-penyokong menyanyikan lagu mengenai Woodward dan keluarga Glazer 'burning on a fire'.

Geng 'Men In Black' menyerang kediaman Woodward dimuat naik di Twitter.

Malah protes tersebut dibawa hingga ke luar stadium dan dipercayai lebih kurang 20 orang penyokong hooligan menyerang kediaman Woodward yang tinggal bersama anak dan dua orang anaknya.

Kumpulan itu berkumpul di luar rumah Woodward dan menekan interkom di bahagian pintu pagar pada Selasa malam.

Namun dipercayai tidak ada sesiapa yang menjawab dari bahagian dalam rumah itu membuatkan kumpulan tersebut mula membaling bom asap sebelum melancarkan bunga api.

Susulan kejadian itu, Liga Perdana mengeluarkan kenyataan tegas berkaitan insiden tersebut dan memberi amaran akan digantung seumur hidup daripada kelab jika didapati bersalah dan mungkin akan didakwa. -Dailymail.co.uk

Artikel Sebelum

Arsenal sah ikat Mari

Artikel Lain