ARSENAL mengesahkan Pablo Mari sudah menandatangani kontrak bersama kelab tersebut. Pemain pertahanan berusia 26 tahun itu menyertai skuad The Gunners yang dipinjamkan dari Flamengo sehingga akhir musim ini. Mari berkata: "Saya gembira berada di sini hari ini bersama sebuah kelab besar. Saya akan melakukan yang terbaik untuk membantu rakan sepasukan saya dan kelab. "Apabila saya bercakap dengan ejen saya, itu adalah satu perkara yang sangat penting bagi Arsenal. Ini adalah salah satu kelab terbaik di dunia, jadi saya sangat gembira untuk sertainya," katanya. Mari juga berkata adalah menjadi impiannya untuk menyarung jersi Arsenal. "Saya sangat berharap untuk bermain dalam jersi ini dan membantu pasukan saya," ujarnya. Sementara itu pengarah teknikal Arsenal, Edu menambah: "Pablo (Mari) adalah pemain berpengalaman yang akan memberikan kami kualiti pertahanan tambahan. "Kami telah memantau kerjaya Pablo untuk sementara waktu dan kami sangat gembira telah mencapai persetujuan dengan Flamengo untuk dia bergabung dengan kami pada awalnya hingga akhir musim. "Bersama Mikel (Arteta) dan pasukan bimbingannya, kami semua berharap untuk melihat Pablo dalam jersi Arsenal," katanya. - Metro.co.uk