suria

Mostyn tak ketinggalan pakai topeng muka ketika pertembungan Bournemouth dan Aston Villa

Mostyn (kanan) dilihat memakai topeng muka ketika perlawanan antara Bournemouth dengan Aston Villa. Foto: Sky Sports

PEMILIK kelab Bournemouth, Jeff Mostyn dilihat memakai topeng muka untuk melindungi dirinya daripada dijangkiti wabak novel koronavirus, semasa pertembungan pasukannya dengan Aston Villa pada Sabtu.

Wabak tersebut yang bermula di Wuhan, China kini sudah menular di kebanyakan negara.

Baru-baru ini dua individu disahkan positif dijangkiti wabak berkenaan di United Kingdom (UK).

Ramai yang mengambil langkah untuk melindungi diri mereka daripada wabak yang telah membunuh lebih 250 orang di China, termasuklah Mostyn.

Mostyn memakai topeng muka yang tertera nama kelab miliknya menjelang pertembungan Liga Perdana dengan Aston Villa.

Dalam pertembungan tersebut, Bournemouth mengatasi Aston Villa dengan jaringan 2-1 menerusi Phillip Billing dan Nathan Ake. - Dailystar

topeng muka, Aston Villa, Bournemouth

Artikel Lain