suria

Guardiola angkat ‘bendera putih’, akui Liverpool sukar dihalang

Guardiola termenung selepas tewas 2-0 ketika aksi bertemu Spurs.

PENGURUS Manchester City Pep Guardiola mengakui tiada apa yang dapat menghalang aksi Liverpool musim ini.

Guardiola mengakui tidak ada harapan lagi untuk mengejar The Reds musim ini dan hanya menumpukan untuk trofi Piala FA, Piala EFL serta layak ke Liga Juara-Juara musim depan.

City kini ketinggalan 22 mata daripada pendahulu liga yang mengumpul 75 mata dalam 25 perlawanan.

"Sasaran kami hanya ingin memberi fokus kepada perlawanan lain serta kelayakan Liga Juara-Juara musim depan.

"Sebelum ini ada orang cakap perlu hentikan City daripada mengumpul 100 mata. Dan sekarang anda perlu melihat Liverpool pula.

"Mereka sudah jauh dan sukar dihentikan. Mereka ada banyak mata dan kami pula hilang mata," jelasnya.

Dalam pada itu, Guardiola dilaporkan 'mengurung' pemain-pemain dalam bilik persalinan selepas selama 50 minit tewas 2-0 kepada Spurs.

"Saya bukan marah. Biasanya saya tidak suka jika kami tidak bermain dengan baik, tidak berlari atau tidak berjuang.

"Saya tidak pernah berada jauh dengan pemain-pemain selepas kalah kerana saya kenal mereka.

"Apabila kami tewas, banyak perkara yang dibincangkan untuk terus maju ke depan," katanya.

City kini menduduki tangga kedua dengan jumlah mata 51. -Dailymail.co.uk

Artikel Lain