PENGURUS Spurs, Jose Mourinho memberitahu dia sudah menyedari Liverpool akan menjulang trofi Liga Perdana sejak November lalu. Menurut Mourinho, dia percaya The Reds dapat menjulang trofi kejuaraan selepas City tewas di tangan Jurgen Klopp manakala baru-baru ni turut tewas 2-0 kepada Tottenham. Keputusan tersebut menyaksikan kini Liverpool mengumpul kelebihan 22 mata untuk mendahului kedudukan liga. "Saya dapat rasa awal November lalu. Saya tahu memang sukar untuk merangkul trofi untuk kali ketiga berturut-turut. Sangat susah. "Tetapi mereka (Man City) masih merupakan sebuah pasukan menakjubkan. Pasukan hebat, pemain-pemain hebat dan pengurus hebat. "Jadi bagi kami, dapat mengalahkan mereka sesuatu yang baik. Anda tewas dua perlawanan dan akan ke zon penyingkiran. "Anda menang dua perlawanan dan bangkit. Dan ia sangat penting," jelas Mourinho. - metro.co.uk