ROBIN van Persie menggesa Manchester United mendapatkan khimat Edinson Cavani pada musim panas ini. Cavani sudah habis kontrak bersama Paris Saint-Germain (PSG) pada hujung musim dan penyerang berusia 32 tahun itu sering dikaitkan dengan perpindahan ke United dan Chelsea. Namun bintang Uruguay itu memutuskan untuk kekal bersama PSG selepas impiannya untuk menyertai Atletico Madrid tidak kesampaian. Van Persie berkata demikian selepas ditanya seorang penyokong United mengenai pemain yang sepatutnya dibawa masuk pasukan itu pada musim panas ini di Twitternya. “Edinson Cavani, pemain bijak dan sudah habis kontrak #MesinGol,” kata Van Persie. Meskipun dikaitkan dengan perpindahan ke United, ejen Cavani menegaskan tawaran yang dikemukakan pasukan itu ditolak PSG kerana terlalu rendah. “Atletico tidak mampu menanggung kos ekonomi operasi dan PSG tidak mahu menurunkan nilai bidaan. Jadi Atletico Madrid tidak meneruskan rundingan itu,” katanya. - Metro.co.uk