PENYERANG Manchester United, Odion Ighalo memerlukan sekurang-kurangnya enam gol dalam tempoh enam bulan akan datang untuk dianggap sebagai pinjaman yang berjaya di Old Trafford. Pendapat itu disuarakan bekas penjaga gol Liga Perdana, Shaka Hislop. Rekod pencapaian gol Ighalo sewaktu bersama Watford dalam Liga Perdana amat baik sebelum dia menukar haluan ke China pada 2017. "Jika dia mendapat enam gol saya fikir itu berjaya," kata Hislop. Manchester United awal minggu lalu melengkap perpindahan mengejutkan Odion Ighalo dari Shanghai Shenhua secara pinjaman. Ighalo akan bersama United sehingga penghujung musim bagi menambah ketajaman jentera serangan skuad kendalian Ole Gunnar Solskjaer itu. United akan membayar 3 juta pound (RM16.2 juta) kepada kelab China itu dan membayar 100,000 pound (RM540,000) seminggu kepada Ighalo. - Dailystar