SPEKULASI mengenai pasukan Bayern Munich mendapatkan khidmat Cristiano Ronaldo terkubur dengan jawapan terbaharu daripada presidennya. Menurut Herbert Hainer, Ronaldo terlalu tua untuk diserap masuk dalam pasukan itu. "Sudah tentu akan ada nama-nama yang disebut-sebut media, dikaitkan dengan mana-mana kelab. Kami faham. "Tapi Ronaldo terlalu tua untuk kami," ujarnya ringkas. Laporan sebelum ini menyatakan presiden Bayern Munich berminat mendapatkan khidmat Ronaldo pada tahun 2023. Biarpun sudah mencecah usia 30 tahun, Ronaldo bukan sahaja masih garang di padang, malah popularitinya juga semakin meluas. - RT.COM.