suria

Pengarah Lee pakai sut ungu tribute kepada Kobe Bryant pada Anugerah Oscar

Lee dan Bryant rapat selepas terlibat dalam filem dokumentari kehidupan legenda bola keranjang itu.

PENGARAH Spike Lee memakai sut LA Lakers sebagai tribute kepada Kobe Bryant ketika hadir pada majlis Anugerah Oscar.

Legenda bola keranjang dunia yang berusia 41 tahun itu maut dalam satu nahas helikopter bersama anak perempuannya Gianna, 13, serta tujuh lagi mangsa lain di Calabasas, California hujung bulan lalu.

Tribute berterusan kepada bekas pemain LA Lakers yang menjuarai kejuaraan NBA selama lima kali Bryant pernah memenangi anugerah Oscar pada tahun 2018 selepas membintangi filem animasi pendek 'Dear Basketball'.

Bryant bersama anaknya, Gianna yang turut maut dalam insiden 26 Januari lalu.

Lee memakai set pakaian berwarna ungu beserta nombor 24.

Bryant bersama anaknya dipercayai dalam perjalanan ke tempat latihan di Staple Center.

Hubungan Lee terkenal ini dengan bintang bola keranjang ini sememangnya sudah lama terjalin selepas mengarah filem dokumentari 'Kobe Doin' Work' pada tahun 2009. - yahoo.sport

Spike Lee, Kobe Byrant, Oscar

Artikel Lain