BEKAS bintang Scotland dan Celtic, Jackie McNamara dikejarkan ke hospital selepas rebah di hadapan pintu rumahnya. Dia yang berusia 46 tahun dibawa ke sebuah hospital di York, sebelum dipindahkan ke hospital lain di Hull. McNamara disyaki mengalami pendarahan pada otak. Dia dikatakan baru pulang daripada bersiar-siar bersama anjingnya pada pagi Sabtu sebelum rebah di hadapan pintu rumahnya. John Hartson yang juga rakan sepasukannya sewaktu di Celtic, berkata: "Saya bimbangkan rakan saya, Jackie McNamara yang rebah di rumah kerana mengalami pendarahan pada otak. "Ingatan saya bersama isterinya Samantha dan anak-anaknya," tulisnya di Twitter. Seorang sumber yang rapat dengan McNamara memberitahu Daily Record: "Dia telah dibawa ke hospital untuk menjalani pembedahan". McNamara kini bekerja sebagai perunding untuk Dunfermline Athletic, kelab di mana kerjayanya bermula pada awal 1990-an. Dia kemudian menyertai Celtic pada tahun 1995 dan bermain untuk kelab Bhoys itu selama lebih satu dekad. - Dailystar