suria

Bimbang ‘disambar’, pemilik Liverpool ambil langkah segera sambung kontrak Van Dijk

Van Dijk antara ayam tambatan dalam skuad Jurgen Klopp.

LIVERPOOL dilaporkan bersedia menawarkan kontrak baharu kepada Virgil van Dijk dengan nilai 50 juta paun (RM268 juta).

Pemain pertahanan itu menjadi keutamaan bagi pemilik kelab bagi memastikan Van Dijk kekal bersama mereka untuk tenpoh panjang.

Pemain antarabangsa Belanda itu tiba di Anfield dari Southampton pada Januari 2018, mengikat kontrak selama lima tahun.

Dengan berbaki tiga tahun lagi kontrak, Van Dijk dijangka akan menerima tawaran kontrak baharu lima tahun dengan kenaikan gaji dari 125 ribu paun kepada 150 ribu paun bagi memastikan dia kekal bersama Liverpool.

Difahamkan tawaran kontrak baharu ini bagi merupakan keutamaan pemilik kelab kepada pemain berusia 28 tahun ini yang terbukti telah memberi kesan besar kepada skuad kendalian Jurgen Klopp ini.

Van Dijk Pemain Terbaik PFA.

Penampilan luar biasa di bahagian penampilan telah meletakkan namanya sebagai Pemain Terbaik PFA, malah Liverpool turut tercalon dalam pelbagai anugerah domestik dan Eropah.

Van Dijk telah beraksi dalam setiap minit bagi musim 2019-2020 yang bakal menyaksikan The Reds bakal menjulang trofi liga musim ini.

Minggu lalu Sportmail mendedahkan bahawa setiap pemain musim ini akan diberikan bonus tambahan 4 juta paun apabila merangkul trofi juara liga.

Bagi pemain barisan utama sepeti Van Dijk bakal menerima 150,000 paun bagi bonus standard kemenangan yang diterima sepanjang musim.

Malah Klopp juga menerima habuan bonus dengan kontrak baharu empat tahun setengah yang ditanda tangani Disember lalu serta insentif tambahan gajinya 15 juta paun.

Musim lalu, Liverpool menerima 7 juta paun duit kemenangan menjuarai Liga Juara-juara. - Dailymail

Virgil van Dijk, Liverpool

Artikel Lain