BEKAS pengurus Spurs, Mauricio Pochettino mengakui amat berminat untuk kembali bekerja dengan kelab Liga Perdana Inggeris (EPL). Pochettino dipecat November lalu dan tempatnya digantikan dengan Jose Mourinho selepas berjaya membawa Spurs mara ke final Liga Juara-Juara. Pengurus berusia 47 tahun itu dikaitkan dengan Manchester United berikutan prestasi turun naik skuad Ole Gunnar Solskjaer. "Secara jujurnya saya suka bekerja dalam Liga Perdana. "Saya tahu ia memang sukar, dan sekarang adalah saat untuk tunggu dan lihat apa yang berlaku. "Sekarang adalah saat untuk pemulihan, untuk fikirkan diri sendiri dan bersedia kerana bola sepak sentiasa boleh berlaku apa sahaja dan anda perlu bersedia. "Saya menunggu dan bersedia untuk cabaran baharu. Saya perlu percaya dan yakin bahawa cabaran selepas ini akan lebih hebat," katanya. "Saya berasa di Argentina, Qatar, berada di Sepanyol dan ada Jesus (penolong pengurus ketika di Spurs) yang mengikut sedikit sebanyak berita tetapi saya sedar tentang rumor. "Semua staf jurulatih menerima bahawa ia adalah rumor. kami berdepan dengan rumor secara semulajadi." Jelas Pochettino, jika tiada tawaran dalam Liga Perdana, dia akan cuba nasibnya di luar England. "Jika berpindah ke Eropah, kami akan rindu England," ujarnya. -onefootball