BEKAS pengurus Arsenal Unai Emery mendakwa pemain-pemain Arsenal mempunyai 'sikap buruk'. Emery memberitahu, pemain-pemain mempunyai perangai buruk dan kurang berusaha sepanjang dia bergelar pengurus di Stadium Emirates. Pengendali dari Sepanyol yang menguruskan The Gunners kurang daripada dua tahun itu diarah meninggalkan kelab pada November 2019 selepas keputusan hambar. Ketika itu, Arsenal hanya mencatat lima kemenangan dan penyokong-penyokong mula hilang minat, begitu juga dengan pemain-pemain. Bagaimana pun Emery bertegas dia telah menjalankan tugasnya dengan baik sepanjang bersama Arsenal. Emery memberitahu kepada France Football bahawa dia telah menyelamatkan pasukan daripada terus jatuh. "Kami berjaya menghentikan pasuka daripada terus jatuh dan mula membina kembali kelab dengan mara ke final Liga Europa dan berada di kedudukan kelima liga, hanya ketinggalan satu mata dengan Tottenham. "Kami ada peluang kelayakan ke Liga Juara-Juara ketika itu, namun akhirnya kelihatan tidak kena. Tetapi ia satu musim yang baik," katanya. Emery menjelaskan bahawa situasi baik itu bertukar menjadi agak sukar berikutan perangai atau sikap pemain-pemainya pada musim baharu 2019-2020. "Kami hilang empat kapten; Koscielny, Cech, Ramsey dan Montreal. "Kesemuanya yang kita selalu rindu dan ketinggalan untuk berada di landasan yang betul musim ini. "Dan beberapa pemain bintang tidak mempunyai sikap yang baik dan meminta saya lebih daripada apa yang diberi," jelasnya. - Dailymail.co.uk