suria

Aguero pemain Man City pertama terima Anugerah Pemain Terbaik Bulanan musim ini

Aguero dipilih sebagai Pemain Terbaik Januari 2020.

SERGIO Aguero dipilih sebagai Pemain Terbaik Liga Perdana untuk Januari selepas merakam rekod gol tertinggi pemain luar dalam sejarah liga.

Bintang Manchester City itu merekodkan enam gol pada Januari dan anugerah tersebut merupakan kali ketujuh keseluruhannya.

Rekod tujuh kali ini juga menyaksikan dia berjaya mengatasi dua lagi pemenang terbanyak Stevent Gerrard dan Harry Kane yang masing-masing mengumpul enam gol.

Aguero menerima undian tertinggi mengetepikan Alisson Becker, Abdoulaye Doucoure, Jack Grealish, Jordan Henderson, Ayoze Perez dan pemain pertahanan Southampton Jack Stephens.

Dia juga menjadi pemain Manchester City yang pertama menerima anugerah musim ini.

Sebelum ini (November dan Disember), pemain Liverpool Sadio Mane dan Trent Alexander-Arnold menguasai anugerah bulanan tersebut.- Dailymail.co.uk

Artikel Sebelum

Chelsea sah ikat Ziyech

Artikel Lain